Friday, June 6, 2008

Minyak NAIK lagi!!

Nasib badan. Mulai smlm 5 Jun 2008, harga petrol naik lg dr RM1.92/liter to RM2.70/liter. Peningkatan mendadak hampir 41%! Orangramai bersesak-sesak menuju ke stesen2 minyak berdekatan bila PM umumkan secara rasmi dan berita mulai tersebar luas.

Malam tu, aku spt biasa je nak balik dari ofis naik motor kapcai aku brand Yamaha Lagenda (110cc, so dapatla aku claim rebet rm150 bila renew roadtax nanti...huh! rm150 jer?), tengok2 jalan dah jam giler start dari depan ofis aku di Damansara Utama, all the way sepanjang LDP to my apt in Bandar Sunway. Satu sebabnya ialah bnyk kenderaan nak menyimpang ke stesen2 minyak yg terletak di sepnjng LDP tu, penuh menyebabkan depa semua Q sehingga melimpah ke highway!!

Aku yg naik motor ni pun nak cilok2 pun payah, perjalanan biasa ambik masa 10-15 minit jadi almost 45 minit!! Tu pun aku malas nak top-up full minyak motor aku tu sbb motor pun Q panjang giler!! Sampai kat area apt aku, penuh kenderaan nak tunggu turn masuk ke Shell yg dekat situ, plan aku nak refill penuh tank Wira aku pun tak jadi, walaupun tank memang dah almost empty dah. Malas aku nak sangkut dalam jam tu, baik aku gi main badminton jer, kebetulan setiap malam rabu jam 9 mlm aku main bdmntn ngn kengkawan kat Dewan Serbaguna Tmn Dato Hormat sampai jam 11 mlm. Balik dari main bdmntn tu pun aku tengok masih banyak vehicles menunggu turn, siap dgn lorry tanker 2 bijik pun dah ada nak top-up tangki minyak Shell tu. Licin beb minyak malam tu. Member2 seluruh Malaysia pun ada sms menceritakan keperitan Q nak isi minyak. Ada yg lebih malang, dahla berjam-jam tunggu, sampai turn, aleh2 minyak pulak habis. Kes naya ajer. Terlebih sudahhh!!

Aku fikir, isi penuh satu tank Wira aku tu pun berapa lama sangat tahannya, although aku leh save abt rm30 kalau isi penuh malam tu. Tapi esok lusa, kena isi jgk lagi. Aku duk kira2, dlm sebulan, minyak motor aku pakai dalam rm60, so harga baru ni, kos bertambahlah rm25. Minyak kereta dalam rm200 sebulan, so tmbhlah rm82. Belum lagi chain-reaction effectnya, harga barang2 dan perkhidmatan dah tentu akan naik. Kos sara hidup pasti meningkat, wallet pasti mengempis!!

Dlm paper hari ni, kos pengangkutan lori dah naik, so expectlah harga barang2 keperluan harian naik lagi lepas ni. Bank Negara pun duk expect inflation rate maybe naik to 5% from the current average 2.5% to 3%. Aku duk jangka, harga rokok pun mungkin naik even b4 sblm gomen naikkan tobacco tax utk bajet 2009 nanti. Skrg Dunhill 20s harga rm8.2, mungkin naik rm8.4, then lepas bajet naik jd rm9 or even rm10 sekotak nanti. Aduhaiiii, plan nak berenti merokok dah bertahun2 dah, tapi tak stop2 jgk, lagi kuat ada ler. Mungkin kena kurangkan banyak merokok ni, or tukar brand murah, tapi brand murah ni, rasanya tak sodap la plak, baik takyah hisap! Takpun, hisap rokok daun jer. Or hisap rokok yg taruk tembakau dalam paper yg kena gulung sendiri tu. Tak retilah aku!

Cuba kita tengok sikit sejarah kenaikan harga minyak di negara kita ni:

  1. sebelum tahun 1990 - RM 0.89
  2. tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
  3. 01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
  4. 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
  5. 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
  6. 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
  7. 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
  8. 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
  9. 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
  10. 05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
  11. 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
  12. 28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
  13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)
Peritnyalah kesan minyak naik ni. Bg org2 yg berpendapatan sederhana ok mcm aku ni, leh la survive lagi, walaupun terasalah jugak. Tp cmana plak ngn depa yg berpendapatan rendah? Keluarga besar, income di bawah paras kemiskinan. Banyak lagi org2 miskin dan takde income stabil dan memuaskan dalam Mesia ni. Bgmana dgn mereka? Kesiannya. Ubah cara hidup? Cara hidup mereka pun ada yg kais pagi makan pagi, nak ubah camananya lagi? Kais pagi makan tengahari, kasi petang makan pagi esok? Utk org2 yg memang sentiasa terlebih duit tu, takpela, bolehla ubah cara hidup, dari makan 5-star turun 4-star, dari lepak hari2 minum kopi berbelas2 ringgit secawan, lepak jer 2-3 hari seminggu, dari shopping di London, Paris, New York, shopping jer kat Singapore, or dr Singapore tukar ke Suria KLCC. Depa bolehlah, org2 yg setiap bulan menunggu gaji yg cukup tak cukup tu, nak ubah cara hidup camana laginya?

Cuba lihat sikit perbandingan dgn negara2 pengeluar minyak yg lain, kita ni negara pengeluar, boleh eksport lagi minyak, bukan negara 100% pengimport minyak mcm negara jiran utara, barat dan selatan kita.
  • UAE: RM1.19/liter
  • Eygpt: RM1.03/liter
  • Bahrain: RM0.87/liter
  • Qatar: RM0.68/liter
  • Kuwait: RM0.67/liter
  • Saudi Arabia: RM0.38/liter
  • Iran: RM0.35/liter
  • Nigeria: RM0.32/liter
  • Turkmenistan: RM0.25/liter
  • MALAYSIA: RM2.70/liter

Memanglah tak setinggi harga di UK (rm7/liter) or US (rm5/liter) tapi pendapatan per kapita rakyat depa jauh lebih tinggi dari kita semua ni. Even rakyat negara jiran pun earning more than us, tapi time nak isi minyak, isi kat negara kita jugak. Hmmmm, what an irony!

Udahla naik melampau, secara mengejut monyet lak tu. Kata nak tunggu Ogos, tak jadi plak, at least, tunggulah sehingga habis cuti sekolah ni ke. Kesian parents yg bawa anak2 cuti2 jauh tu, terpaksa keluarkan extra cost secara mengejut jugak. Terbantut la jugak plan nak gi cuti2 Mesia aku. Heh heh....cuti asyik plan jer, tapi tak pegi2 pun lagi, duit habis gak, savings ada tak de jer aku ni. Hampeh! 28hb ni nak kena balik Ganu plak ni, kenduri kahwin anak sedara aku yg comel-lote tu. Kalau sorang, aku tak baliklah, nasib kakak n abg aku nak join sama, so leh la tong-tong duit minyak kereta dan tol.

Apapun, nak wat camana. Harungi jerlah, bebanyakkan sabar, doa dan tawakkal. Aku harap satu jer, semoga betul2 ada perubahan "besar" menjelang sambutan Hari Malaysia kita nanti. Kita tengok plak camana selepas tu.

No comments: