Sunday, June 8, 2008

Lawak Cikgu & Anak Murid

Pening2 kepala pasal minyak naik harga watper? Baik baca lawak ni kejap.
_________________________

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu: "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid: "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu: "Rumputnya mana?"
Murid: "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu: "Habis tu, kudanya mana?"
Murid: "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"
_________________________

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar Bahasa Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid2x suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.

Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik ke rumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami-isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah "Shut up you!!"

Sampai rumah dia tanya bapa dia, "shut up you tu bahasa inggeris ke?". Bapa dia kata, "iye".

Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman!!!" Dia tanya bapak dia lagi, "superman tu bahasa inggeris?" dan bapa dia kata "yes".

Dua perkataan dah, kata budak itu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata "Ladies first". Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?
Budak: Yes, teacher.
Cikgu: Good, what is your first word?
Budak: Shut up you !!!
Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: Superman !!!
Cikgu: Bloody fool! Get out from this class
Budak: Ladies First...
_________________________

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, di mana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah?"
"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak."
_________________________

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu: Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata:

Che'gu: Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man: Mak saya cakap lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.
_________________________

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu: Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Man: Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Che'gu: Mana tepungnya??
Man: Tepung kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??
_________________________

Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk". Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu: Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.

Man: Ada Che'gu. Saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu: Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man: Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu: Allahhuakbarr!!!
_________________________

Che'gu Nasyor: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe: Untuk mencari makanan, che'gu.
Che'gu Nasyor: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu.
Che'gu Nasyor: Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Tapah: Untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Nasyor: Uiiii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...
_________________________

Cikgu: Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu"".
_________________________

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal...

Guru tadika: Anak2, nampak tak pen ni.
Ank2: Nampak cikgu.
Guru tadika: Pen ade kn?
Ank2: Ader cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkn pen itu dalam poket die, kemudian bertanya lagi..

Guru tadika: Anak2, nampak tak pen?
Ank2: Tak nampak cikgu.
Guru tadika: Pen ade tak?
Ank2: Takder cikgu.
Guru tadika: Anak2 nampk tuhan tak?
Ank2: Tak nampk cikgu.
Guru tadika: Tuhan ader tak?
Ank2: Takder cikgu.

Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan die nak brainwash otak budak2 tu berjaya. Tetapi dalam banyak2 budak tu ader seorang budak yang pintar, dan die pun mengangkat tangan...

Bdk Pintar: Cikgu bleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika: Bleh, mari ke depan.
Bdk Pintar: Kawan2 nampk cikgu tak?
Kwn2: Nampak.
Bdk Pintar: Cikgu ader kn?
Kwn2: Ader.
Bdk Pintar: Kawan2 nampak otak cikgu tak?
Kwn2: Tak nampak.
Bdk Pintar: Cikgu ader otak tak?
Kwn2: Tak ader!!
_________________________

During one of her daily classes a teacher trying to teach good manners, asked her students the following question:

"Michael, if you were on a date having dinner with a nice young lady, how would you tell her that you have to go to the bathroom?"
Michael said, "Just a minute I have to go pee."

The teacher responded by saying, "That would be rude and impolite. What about you Peter? How would you say it?"
Peter said, "I am sorry, but I really need to go to the bathroom. I'll be right back."
"That's better, but it's still not very nice to say the word bathroom at the dinner table."

"And you, little Johnny, can you use your brain for once and show us your good manners?"
Johnny answered by saying, "I would say: Darling, may I please be excused for a moment? I have to shake hands with a very dear friend of mine, whom I hope you'll get to meet after dinner."

The teacher fainted.
_________________________

No comments: