Friday, June 13, 2008

99 Langkah untuk Kesempurnaan Iman

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
  3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
  8. Jangan usil dengan kekayaan orang;
  9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
  11. Jangan tamak kepada harta;
  12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan;
  13. Jangan hancur kerana kezaliman;
  14. Jangan goyah kerana fitnah;
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
  19. Jangan sakiti anak yatim;
  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
  25. Biasakan solat malam;
  26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
  30. Jangan marah berlebih-lebihan;
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
  32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
  33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
  36. Jangan percaya ramalan manusia;
  37. Jangan terlampau takut miskin;
  38. Hormatilah setiap orang;
  39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
  43. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
  44. Perbanyak silaturrahim;
  45. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
  46. Bicaralah secukupnya;
  47. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
  48. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
  49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
  50. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
  51. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
  52. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
  53. Hormatilah kepada guru dan ulama;
  54. Sering-sering bersalawat kepada nabi;
  55. Cintai keluarga Nabi SAW;
  56. Jangan terlalu banyak hutang;
  57. Jangan terlampau mudah berjanji;
  58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
  59. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti berbicara yang tidak berguna;
  60. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
  61. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
  62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
  63. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
  64. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
  65. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
  66. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
  67. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
  68. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
  69. Jangan melukai hati orang lain;
  70. Jangan membiasakan berkata dusta;
  71. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapat kerugian;
  72. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
  73. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
  74. Hormati orang lain yang lebih tua daripada kita;
  75. Jangan membuka aib orang lain;
  76. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
  77. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
  78. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
  79. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
  80. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
  81. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  82. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
  83. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
  84. Hargai prestasi dan pemberian orang;
  85. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
  86. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
  87. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
  88. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
  89. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
  90. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang;
  91. Pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
  92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
  93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
  94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
  95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
  96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
  97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
  98. Yak!inlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
  99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

"Sebarkanlah walau satu ayat pun." (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

No comments: