Saturday, June 21, 2008

Jika ..... dan Kalau .....

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia.

Kalau suami meninggi suara..
Itu tandanya dia dah ada mak we.

Kalau suami mengaku bujang tua..
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara.

Kalau suami selera tak ada..
Itu tandanya dia nak pasang dua.

Kalau suami lambat balik aje..
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha.

Kalau suami tidur di ruang tamu..
Itu tandanya dia dah jemu.

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu..
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu.

Kalau suami garang macam singa..
Itu tandanya hati dia dah tak cinta.

Kalau suami asyik komplen aje..
Itu tandanya dia dah tak suka.

Kalau suami mula sepak terajang ke muka..
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.



..............



JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri..
Dapat gaji semua diberi.

Jika suami sayangkan isteri..
Kerja rumah rela dikongsi.

Jika suami sayangkan isteri..
Kereta diberi suami naik LRT.

Jika suami sayangkan isteri..
Duit poket diberi setiap hari.

Jika suami sayangkan isteri..
SMS dikirim tanda rindu di hati.

Jika suami sayangkan isteri..
Kongsi masalah nasihat dikasi.

Jika suami sayangkan isteri..
Diberi ciuman setiap pagi.

Jika suami sayangkan isteri..
I love U, I miss U katanya setiap hari.

Jika suami sayangkan isteri..
Isteri gemuk, dikatakan seksi.

Jika suami sayangkan isteri..
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari.

Jika suami sayangkan isteri..
Ke mana sahaja dibawa pergi.

Jika suami sayangkan isteri..
Sentiasa jujur perihal diri.

Jika suami sayangkan isteri..
Status berkahwin bangga sekali.

Jika suami sayangkan isteri..
Cintanya suci hingga ke mati.




PESANAN KEPADA ISTERI2:

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?

JIKA SUAMI... lebih banyak dari KALAU SUAMI... maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI.... KALAU SUAMI... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtanggamu umpama NERAKA.




PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIAYA DITERIMA ALLAH YANG ESA TANPA HIJAB...

4 comments:

Unknown said...

Selamat hari Raya.

Mat Salo said...

Hmm ni kelakar gila! But very astute, bro'!

Anonymous said...

saya copy n paste dis n3 for teladan masa depan..terima kasih..

coolooc said...

If malays are so unhappy in this land, they are free to go back to Indonesia, nobody stop them.

They are laughed at by everyone in this world for being lazy, stupid, useless morons.

If we want a good country – we must destroy the Umno party first.