Saturday, June 7, 2008

Memperdaya-diperdaya (minyak naik)

Someone sent me this. I am not anti-government nor pro-opposition but I want is what most Malaysians want; lower cost of living! That's all.

I just copy-pasted the whole email into my blog, just to ponder together.

*****xxxxx*****

Memperdaya - diperdaya (MINYAK NAIK)

Thursday, June 05, 2008. Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang, apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara-negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang digunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, di sini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.39
Arab Saudi RM 0.19
Mesir RM 0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.

Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 1.92 sen? Bukankah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan Venezuela yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?

Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara. Ketika DSAI menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak dikekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di Iraq?

Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek-projek banyak juga dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak. Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikkan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan.

Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana-sini?

Subsidi minyak yang ditanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun. Kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan Petronas jadi berlipat ganda.

So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi. Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak?? Sudah tentu tidak. Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor Utara : RM 17.5 billion
Koridor Timur : RM 112 billion
Wilayah Iskandar : RM 47 billion
Koridor Sabah : RM 105 billion
Koridor Sarawak : RM 107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu diutamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri-menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus-bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau TPM kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut?

Perlu diingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain-lain. Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.

Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare ngan Turkmenistan.

Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)

Ni Malaysia punya:

Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)

Fikir-fikirkanlah sendiri...

*****xxxxx*****

Yep, mari kita fikirkan bersama, tapi fikir sampai pecah kepala pun, harga tetap tak turun punyelah!! So marilah kita sama-sama berdoa agar sesuatu yg "baru" benar-benar berlaku bila tiba masanya nanti.

No comments: