Sunday, June 1, 2008

Lawak TM

Telekom punya telefon.

Ada sorang lelaki bernama Bedal, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Bedal seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar di luar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang perniagaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.

Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Bedal masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Bedal pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu dah canggih, cuma belum ada pekerja lagi, Bedal sorang2 je handle.

Pada suatu hari, ada seorang lelaki masuk kedai dia, apa lagi Bedal pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan. Bedal cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone Telekom atas meja dia tu, berlakon olok-olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit.

Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal berlakon aje), ini perbualan Bedal di telefon:

“Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala dato’ bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato’, lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup menggambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato’…baik dato’…Oklah dato’…nanti kita jumpa kat Hotel Hilton malam ni….ok dato’….bye!”

Bedal pun meletakkan telefon, lalu mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Bedal.

“Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik?” tanya Bedal.

Lelaki tu menjawab “Saya technician Telekom, nak sambungkan line telefon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau takde line?”

Bedal pun %$@&^% ^*%^*^ $!!$#$&, cuci muka ngan air longkang! Maluuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!

Kuangg... Kuanggg... Kuangggggggggggggg!!!!!!!!!!

No comments: