Tuesday, May 20, 2008

Happy Wesak Day

Semalam Isnin 19 Mei 2008, cuti Hari Wesak, so Selamat Hari Wesak to all yg menyambut Wesak Day. Lepas bangun tido di kala mentari dah tegak atas kepala, mandi-manda, hisap Dunhill sebatang dua dengan segelas nescafe ais yg aku dah buat siap2 malam tadi n simpan dlm peti ais, aku pun keluarlah nak gi makan. So, turunlah aku dari tkt lima apt aku yg takde lif tu, tension siot naik-turun tangga hari2, tu yg mantain slim sampai sekarang ni, menuju ke Wira kesayangan aku, and drive sorang2 ke restoran yg dihajati. Plan aku nak gi lunch nasi padang kat restoran Mega Ceria di Tmn Dato Harun. Aku siarkan di sini pic signboard restoran tu, member aku yang intro restoran ni kat aku dulu. Katanya, dulu pakcik towkey restoran ni meniaga gerai kecil2an jer tepi jalan, pastu baru bukak restoran. Pakcik tu orgnya alim aku tengok, asal negara jiran, dah Haji dah dan tak silap aku, setiap tahun gi umrah dgn anak-bini dan keluarganya. Rezeki sememangnya 9/10 datang dari berniaga.

Aku taklah gemar sangat nasi padang ni, tapi makan kat sini memang sedap la jugak lauk-pauknya, harga standardlah, nak wat camana, barang2 pun dah naik mendadak sekarang ni. Tapi nak jadikan cerita, aku sampai2 dalam kul 3 ptg tu, nasi dan semua lauk-pauk dah habis licin, yep! semuanya habis, memang takde rezeki la tu, tapi tak dinafikan restoran ni memang agak popular, memang selalu penuh dan apa yg dijual semuanya selalu habis, tak penah ada left-overs lah. Semua kaum, Melayu Cina India dll selalu jer memenuhi restoran. Pernah sekali aku makan dgn member2 aku kat sini, tetiba segerombolan Harley-Davidson riders datang singgah makan, menderum bunyi enjin2 motor depa, bergegar bumi sekejap, korang tahula camana bunyi HD kan? Sebatu dah dengar dah! Dalam 20 bijik la jugak HD berkumpul depan restoran tu. Semua riders berpakaian ala-ala, well, riders-lah!! Complete with HD leather jackets, leather gloves, leather boots dan macam2 leather lagilah. Puas jugak mata aku tengok pelbagai model HD yg berkilat berkemilau. Perghhhh, memang cun habis la HD diorang tu. And most of them are Malays, definitely Malays yg kaya-raya, kalau tak, jgn harap la nak pakai HD. Harga 2nd hand pun dah boleh beli Waja baru beb! So, bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Orang Pikir Sendirilah!!

Continue to Drama in Real Life @ Taman Medan

No comments: