Saturday, June 21, 2008

Jika ..... dan Kalau .....

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia.

Kalau suami meninggi suara..
Itu tandanya dia dah ada mak we.

Kalau suami mengaku bujang tua..
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara.

Kalau suami selera tak ada..
Itu tandanya dia nak pasang dua.

Kalau suami lambat balik aje..
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha.

Kalau suami tidur di ruang tamu..
Itu tandanya dia dah jemu.

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu..
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu.

Kalau suami garang macam singa..
Itu tandanya hati dia dah tak cinta.

Kalau suami asyik komplen aje..
Itu tandanya dia dah tak suka.

Kalau suami mula sepak terajang ke muka..
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA.



..............



JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri..
Dapat gaji semua diberi.

Jika suami sayangkan isteri..
Kerja rumah rela dikongsi.

Jika suami sayangkan isteri..
Kereta diberi suami naik LRT.

Jika suami sayangkan isteri..
Duit poket diberi setiap hari.

Jika suami sayangkan isteri..
SMS dikirim tanda rindu di hati.

Jika suami sayangkan isteri..
Kongsi masalah nasihat dikasi.

Jika suami sayangkan isteri..
Diberi ciuman setiap pagi.

Jika suami sayangkan isteri..
I love U, I miss U katanya setiap hari.

Jika suami sayangkan isteri..
Isteri gemuk, dikatakan seksi.

Jika suami sayangkan isteri..
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari.

Jika suami sayangkan isteri..
Ke mana sahaja dibawa pergi.

Jika suami sayangkan isteri..
Sentiasa jujur perihal diri.

Jika suami sayangkan isteri..
Status berkahwin bangga sekali.

Jika suami sayangkan isteri..
Cintanya suci hingga ke mati.




PESANAN KEPADA ISTERI2:

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?

JIKA SUAMI... lebih banyak dari KALAU SUAMI... maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI.... KALAU SUAMI... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtanggamu umpama NERAKA.




PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI .. KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIAYA DITERIMA ALLAH YANG ESA TANPA HIJAB...

Friday, June 20, 2008

43 Perkara Ringan yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang itu..wallahhualam....

  1. tidak sembahyang atau solat
  2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
  3. makan atas pinggan yang terbalik
  4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri
  5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan
  6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil
  7. suka bersandar pada pintu rumah
  8. suka duduk di atas tangga
  9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan
  10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  11. tidak membersihkan rumah
  12. membuang sampah atau menyapu dengan kain
  13. suka membersihkan rumah pada waktu malam
  14. suka tidur di atas muka
  15. membakar kulit bawang
  16. menjahit baju yang sedang dipakai
  17. mengelap muka dengan baju
  18. berdiri sambil bercekak pinggang
  19. tidur tidak memakai baju
  20. makan sebelum mandi hadas
  21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
  22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit
  23. lambat pulang dari masjid
  24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak
  25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan
  26. suka memadam pelita dengan nafas
  27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
  28. membasuh kaki dengan tangan kanan
  29. membuang air kecil pada air yang mengalir
  30. memakai seluar sambil berdiri
  31. memakai serban sambil duduk
  32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
  33. makan dengan menggunakan dua jari
  34. berjalan di antara kambing
  35. berjalan di antara dua perempuan
  36. suka mempermainkan janggut
  37. suka meletakkan jari-jemari tangan pada bahagian lutut
  38. meletakkan tapak tangan pada hidung
  39. suka menggigit kuku dengan mulut
  40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan
  41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil
  42. menguap ketika solat
  43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil

Thursday, June 19, 2008

Burung Kakak Tua yang Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu... )

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru. Setiap pagi ada 3 orang cikgu wanita melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir..... Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi... . tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah. Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia... then tonyoh tonyoh sikit mata dia... dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia... pas tu dia jerit kuat-kuat...

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. .. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang... .. Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut... dan berjalan cepat-cepat lagi...sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?"

Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak ... . ahli sihir ke apa ntah... .." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah..kebetulan je agaknyer... .. tak pe, kita tengok besok pulak camana... "

Keesokan harinya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu... . burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah... ....."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu... dua... " dan seterusnya. Bila cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung... . Burung pun tengok... . dia jerit lagi..

"KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...

Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... . heh, apa nak buat hah?".

Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu... ".

Cikgu ketiga... ."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set! !!!!" balas depa... ..

Keesokan harinya... ... sama juga... . bila cikgu-cikgu tu lalu depan burung tu, burung tu pun teriak..

"HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi... .di sekolah mereka berbincang.. . .

Cikgu pertama "Nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent. .. "

Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna... .".

Cikgu ketiga... "Betul tu, mungkin dia dah dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung." "Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan harinya, lagi sekali macam biasa di waktu pagi burung buat dek je... . bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok... . ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ... sambil toleh-toleh kat burung tu... burung tu tengok lagi... . dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu... ... dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.... dah tu dia pandang ke depan balik... dia garu-garu kepala... dah tu usap-usap dagu... dia cekak pinggang... dah tu burung tu pegang dagu lagi... pastu dia senyum... dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!!"