Aku taklah gemar sangat nasi padang ni, tapi makan kat sini memang sedap la jugak lauk-pauknya, harga standardlah, nak wat camana, barang2 pun dah naik mendadak sekarang ni. Tapi nak jadikan cerita, aku sampai2 dalam kul 3 ptg tu, nasi dan semua lauk-pauk dah habis licin, yep! semuanya habis, memang takde rezeki la tu, tapi tak dinafikan restoran ni memang agak popular, memang selalu penuh dan apa yg dijual semuanya selalu habis, tak penah ada left-overs lah. Semua kaum, Melayu Cina India dll selalu jer memenuhi restoran. Pernah sekali aku makan dgn member2 aku kat sini, tetiba segerombolan Harley-Davidson riders datang singgah makan, menderum bunyi enjin2 motor depa, bergegar bumi sekejap, korang tahula camana bunyi HD kan? Sebatu dah dengar dah! Dalam 20 bijik la jugak HD berkumpul depan restoran tu. Semua riders berpakaian ala-ala, well, riders-lah!! Complete with HD leather jackets, leather gloves, leather boots dan macam2 leather lagilah. Puas jugak mata aku tengok pelbagai model HD yg berkilat berkemilau. Perghhhh, memang cun habis la HD diorang tu. And most of them are Malays, definitely Malays yg kaya-raya, kalau tak, jgn harap la nak pakai HD. Harga 2nd hand pun dah boleh beli Waja baru beb! So, bak kata Nabil Raja Lawak, Lu Orang Pikir Sendirilah!!Continue to Drama in Real Life @ Taman Medan

No comments:
Post a Comment